Thursday, September 11, 2014

DOA MUDAHKAN BERSALIN






(Bahawasanya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim ~ Surah Al-Anbiya': 87.)


Insya allah,semoga dipermudahkan segala urusanku kelak...

Penawar sakit bersalin
Alhamadulillah sebahagian besar dari wanita muslim daya ketahanan sakit adalah tinggi. Ini bermakna mereka kurang memerlukan bantuan ubat penawar sakit. Ini disebabkan mereka kuat iman dan banyak bertawakkal kepada AllahSWT. Bacaan ‘suhanallah’ memang ada kesan untuk mengurangkan sakit atau meringkan bebanan.. Baca fatiha, ayat kursi, 3 qul, berulang2 kali. atau baca mana2 surah alquran – surah mariam mithalnya. Terus menerus berzikir.
Amalkan doa-doa ini

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.
Maha Suci Allah
7.
Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

Wednesday, September 10, 2014

RESDUNG

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus).

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Bagaimana ia terjadi?
Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan?
Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus, tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi atau pembiakan bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua entiti utama, iaitu:

1. Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya. Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat.

2. Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.

3. Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.

Siapa yang boleh terkena jangkitan?
Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu kepada mereka yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau pesakit kronik saja.

Ia lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada resdung dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, tetapi penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit ialah sinus maksila.

Simptom kulat resdung
Pesakit mengalami simtom seperti sinusitis bakteria seperti:

- Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus

- Hidung tersumbat

- Sakit kepala

- Keletihan dan badan rasa kurang sihat

- Batuk kronik


- Selalunya pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan antibiotik bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), mengalami kerosakan pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian imbasan Computer Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah mengeluarkan hingus terlalu pekat atau mempunyai tompokan hitam atau menyerupai keju.

Pemeriksaan
Pesakit memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung. Pemeriksaan mungkin menampakkan ketulan hitam, hingus sangat pekat dan polip. Kajian lain yang diperlukan untuk mengenalpasti penyakit ialah kultur kulat atau pemeriksaan histology cecair dari sinus.

Imbasan CT pula akan menunjukkan penemuan spesifik seperti kelompok putih (tumpat) atau pembabitan tulang sinus. Ujian ‘magnetic resonance imaging’ (MRI) pula dapat memberikan gambaran radiolojikal yang spesifik mengenai kewujudan penyakit.

Bagaimana ia dirawat?
Rawatan diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Misalnya bagi jenis ‘invasive’, rawatan segera diperlukan, termasuk pembedahan untuk membuang tisu terbabit, penggunaan ubat antikulat secara sistemik dan membetulkan sistem badan seperti tahap gula.

Dalam memberi rawatan, keadaan keseluruhan pesakit perlu dipertimbangkan. Bagi sinus yang ada bebola, fungus rawatannya ialah pembedahan sinus (termasuk secara endoskopik) tetapi ubat antifungus sistemik tidak diperlukan. Perlu ingat, ubat antifungal sistemik ada banyak kesan sampingan.

Bagaimana kesudahannya?Oleh kerana penyakit resdung kulat ada pelbagai jenis, maka tahap kesudahan dan perkembangan penyakit ini juga berbeza. Tanpa rawatan, penyakit ini akan menyebabkan simptom disebut di atas seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.

Setelah dirawat, sama ada dengan ubat atau pembedahan, penyakit boleh menjadi baik atau berkurangan. Bagi jenis bebola kulat, pembedahan selalunya memberi banyak kebaikan. Bagi jenis ‘invasive’, kesudahannya selalunya mendukacitakan.

Apa perlu anda lakukan?
Ramai pesakit resdung kulat tidak menyedari mereka ada penyakit itu. Jika anda ada simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Rawatlah penyakit sebelum ia menjadi lebih teruk.

Wednesday, September 3, 2014

ANAK² DAN KUTU

Kalau anak yg dihantar ke Taska atau rumah pengasuh kebiasaannya terdedah kepada virus KUTU ni..

Biasalah kanak²...

Parents perlu extra care terhadap anak2...

Kutu mengakibatkan gatal² pada kulit kepala...Bila si anak menggaru kulit kepala akan mudah terluka...Bila dah terluka bakteria lain bole meresap masuk ke dalam kulit kepala dan menyebabkan penyakit lain pula.

Salah satu rawatan tradisional yang boleh dicuba adalah dngan menggunakan cuka putih.
Cuka putih mampu membasmi telur² kutu yang banyak sehingga boleh mengurangkan kuantiti telur kutu dan kutu yang sedang membiak.

Cuka juga bersifat antiseptik yang mampu mebersihkan kulit kepala dan menghindar daripada jangkitan bakteria

Caranya ialah dengan perapkan kepala dan rambut dengan cuka selama 30minit.Kemudian bilas dengan syampu kutu.Amalkan selalu sehingga nampak kan hasilnya.


Teknologi baru untuk basmi kutu kepala yang banyak melanda kanak2 sekolah, gadis remaja dan juga wanita dewasa. Kita sangka ini masalah dikampung2 sahaja, terkejut kita bila tahu di amerika syarikat masalah kutu pun meruncing. Justeru pakar amerika cipta satu mesin khas untuk bersih rambut kepala dari ratusan atua ribuan kutu serta telor2 sekali gus.

1. Ubat kutu dan sikat - satu set RM 35



2. Satu set 2 sikat lice terminator - harga RM 95



3. Satu sikat lice terminator - harga RM 75



Untuk buat pesanan hubungi;

1. Seri - 016 978 1457

2 Siti - 016 367 6298

Wednesday, March 5, 2014

STROKE HABA

Rakyat Malaysia bakal diserang Strok Haba.

Apa itu Strok Haba??Mari kenali Strok Haba...
  • Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. 
  • Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
  • Tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
  • Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.
  • Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
  • Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
  • Berikut merupakan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

    Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

    Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan


Orang ramai digalakkan mengurangkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.  



Basic H  merupakan pencuci semulajadi yang pelbagaiguna.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

    • Basic H juga boleh dilumurkan pada badan apabila mengalami demam kerana fungsi Basic H membantu menyejukkan badan.
    • Basic H juga boleh digunakan sebagai pencuci bagi mereka yang menghidapi penyakit kulit sensitif.

Thursday, February 20, 2014

anak sihat dan ceria

Assalamualaikum semua..
n3 hari ni...urm....menarik jugak kan...sebabnya as a mother...seharusnya ai menginginkan anak yg sihat...bile dah sihat...seharusnya anak jadi ceria...

Alhamdulillah...anak ai sememangnye sihat...tp sihat yang ai maksudkan tu bukan lah sihat yg mcm ni



Setakat sihat yg xdemam...xbatuk...xselsema...kalo ade demam,batuk selsema sesekali tu..normal la...proses pembinaan imun badan...

Alhamdulillah....sejak ank2 ai amalkan 2 produk ajaib ni...batuk n demam go away...nyah kau..hihih...

cume si abg alip masih ade selsema...mebi die mengikut n ada baka resdung dari ai...
 Tunggu si abg alip besar skit...nk train makan suplemen resdung plak...


Sekian....

RAHSIA KECANTIKAN RAHSIA KESIHATAN
moon-0173362679





tubuh vs vitamin C






FUNGSI VITAMIN C bagi tubuh sangatlah penting untuk pembentukan KOLAGEN, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta membantu penyerapan zat besi.
KEKURANGAN VITAMIN C di dalam tubuh bisa mengakibatkan beberapa gangguan kesihatan seperti sakit sendi dan anemia.
KELEBIHAN VITAMIN C cukup jarang terjadi, kerana vitamin ini termasuk jenis yang mudah larut dalam air sehingga mudah hilang bersama air seni dan keringat.
Buah-buahan di bawah ini boleh dijadikan alternatif sumber vitamin C. 


Jambu biji
Kandungan vitamin C dalam jambu biji hampir 2 kali ganda dari buah oren. Dalam 100 gram buah jambu biji mengandung 108 mg vitamin C. Buah jambu biji berkhasiat untuk mengubati gangguan perut seperti cirit-birit.
 
Oren
Sebiji oren menyediakan 50 hingga 70 mg vitamin C, setara dengan keperluan harian vitamin C Anda. Oren juga merupakan sumber serat, folat, serta antioksidan, vitamin dan mineral lainnya.

Epal
Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah apel adalah 5 mg. Apel juga kaya akan flavonoid antioksidan yang mengurangi risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebuah apel sedang memiliki sekitar 80 kalori.

Delima
Sebiji delima menyediakan 40% keperluan vitamin C harian Anda. Delima juga mengandung folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E. Antosianidin dalam delima memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi, yang menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah osteoartritis, alzheimer, kanser payudara, leukemia, kanser paru dan kanser prostat.

Buah Kiwi
Pada berat yang sama, buah kiwi mengandung dua kali vitamin C daripada oren. Selain mengandung banyak vitamin C, buah kiwi merupakan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan E.

Buah Anggur
Buah anggur memiliki kandungan vitamin c yang tinggi iaitu 10.8 mg tiap 100 gram. Anggur merah juga mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan lain yang tinggi

Strawberi
Mengamalkan memakan strawberi membantu anda mengendalikan diabetes tahap 2 dan mencegah penyakit jantung. Strawberi juga merupakan sumber vitamin C dan antioksidan lainnya. Dalam satu hidangan buah strawberi seberat 147g , mengandung vitamin C sebanyak 86.5 mg

Betik
Betik menyediakan banyak vitamin C, folat dan karotenoid. Betik merupakan satu-satunya sumber papain, enzim pencernaan alami yang membantu mencerna protein. Dalam 150 gram buah betik, mengandung vitamin C sebanyak 90 mg.

Avakado
Avakado memiliki lemak tak lepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Avakado juga mengandung zat besi dan vitamin E. Sebuah avakado mengandung 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.

Durian Belanda
Durian belanda adalah buah yang kaya vitamin dan serat. Setengah buah durian belanda sedang sudah cukup untuk memenuhi seluruh keperluan vitamin C dan setengah keperluan serat harian Anda. Vitamin C merupakan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan memperlambat penuaan. Serat sangat baik untuk membantu pencernaan dan proses detox. Durian belanda juga mengandungi kalsium, mineral penting untuk pembentukan tulang dan mencegah osteoporosis.

Mangga
Sebutir buah mangga rata-rata mengandung 60 mg vitamin C, yang sama dengan jumlah harian yang disarankan. Antioksidan dalam mangga membantu mencegah artritis, mempercepat penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

Tomato
Tomato adalah sumber vitamin C, salah satu karotenoid terkuat yang bertindak sebagai antioksidan. Dalam satu buah tomato ukuran kecil bisa mengandung vitamin C sebanyak 23 mg.

Selain buah-buahan di atas, masih banyak lagi buah yang mengandungi vitamin C seperti pisang, tembikai, laici, nangka, nanas, markisa dan Blackcurrent.



Tapi adakah kita dapat pastikan yang tubuh badan kita menerima vitamin C secukupnya ????

RAHSIA KECANTIKAN RAHSIA KESIHATAN
1067731
moon-0173362679

Tuesday, January 21, 2014

WELCOME SHAKLEE

Pada tanggal 8 Oktober 2013 secara rasminya ai da register jd ahli shaklee..
Hehehehehe...actually masih blur lagi psl produk ni...mcm mane proses pembiakan..proses fotosintesis...cehh....tp alhamdulillah...ai bnyk gugel dr blog² master FARIHAH ABU KASIM MAMA CERY n mak menakan shaklee ai NUR NAJMAH SALLEH...bnyak infobest dr sane...


Last sunday gi Hotel Impiana,KLCC...MASTER CELEBRATION FOR HAFSAH MARDHIAH n HUBBY..jumpe la dengan kak ehah...soklan cepucemas yg kak ehah tanye...BILE NAK JD SUP????

grrrrr......gerun...tp insya allah...ai akn sahut cabaran kak ehah...doakan sy kak...
hehhehe..

Harini...cadang ai nak kemas belog ni...banyak info menarik psl shaklee ai nak infom ngan uolls...best wooo.....nnt ai akn kupas satu persatu psl produk shaklee ye...