PRODUK SHAKLEE




CINCH SHAKE MIX
Assalamualaikum...lame beno menyepi..berabuk.blog...masuk2 terus nak cite pasal promo item bulan ni...haaa...nampak x gelojoh disitu..

Biaq pi lah....nak naik pangkat mmg kena gelojoh skit...
series.sape nak kurus wajibulghunnah amek cinch shake ni...
saya pernah try...sblum pregnant n bsalin dlu...mase tu baru xbaru lah join shaklee...xcited nak jdkan diri testimoni...
maka buat pelaburan bijak demi kesihatan yang baik..

Bukan ape...stress jugak bile bejalan peha berlaga...lemak gidil2 menari...hahaha...itulah pengalaman jadi org gemok..
oppss...sy kata diri sendiri ye...
maka sy cuba  la cinch shake perisa coklat..

Guess what..mmg kenyang okeyh...samppai tgk makanan xlalu...

Ape yg hebat dgn cinch shake ni ialah kerana ada leucine dlm tu...

leucine ni sangat baik untuk pembentukkan otot n fitkan lelemak yg gidil2 td tu...


Cite banyak xgune..meh layan benefit2 nye...








ENERGY SOY PROTEIN(ESP)







Ai dapat pertanyaan dari kawan pejabat berkenaan dengan soya..


katanya soya tu penyebab utama kanser????? jom ai nak share. Tapi marah betul encik izhamwong kita ni..ai copy dari web izhamwong je lah ye..huhu....



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Aku tertarik untuk membuat post mengenai soya sebab projek tahun akhir aku juga mengenai soya. Aku ada terbaca satu artikel yang di post kan oleh seorang mamat ni berkenaan keburukan soya. Tertarik untuk aku membalas semula artikel dia.


Jom kita baca dulu apa dia tulis:


Artikel yang di post admin tentang coca-cola, banyak respon dari sahabat sekalian. Banyak juga perkara dan fakta-fakta yang diperbahasan. secara tidak lansung memberi pendedahan kepada admin dan para pembaca sekalian. Kali ini admin akan meletakkan artikel berkenaan soya. terdapat dua artikel yang admin mengharapkan rspon dari sahabat-sahabat, sejauh benar kesahihan artikel tersebut. ini artikelnya:


ANTARA KEBURUKAN SOYA:


1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.


2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.


3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.


4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???


5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..


6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??


Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.


Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)


Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially


diambil dari blog MAMA QAIREEN



DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

pandangan aku, Izham Wong: laman Dinar Emas ni memang bagi aku BODOH! Ada dialog terlalu taksub mengatakan paderi yang memberikan ilmu walhal Allah yang memberi kita ilmu. Ilmu di dunia ini bagaikan setitik air yang jatuh ke dalam lautan luas. Kalau Allah tak benarkan kita mendapat ilmu, takkan dapatlah kita. Jangan la percaya yang manusia yang berikan ilmu.

Juga mengatakan al-Quran tak diubah sebab si paderi tak nak ubah. TIPU! Memang itu telah dijanjikan oleh Allah. Memang aku rasa dialog dalam semua ini hanyalahpropaganda yang ingin menyesatkan umat Islam sendiri. Bukannya membantu memberi kesedaran tapi memang SESAT!

Lepas tu ada pulak cerita pasal soya. Haram semua tak betul dalam tu. Jangan lah percayabenda-benda bodoh website tu merepek. Kita balik kepada dua benda jer, al-Quran danal-sunnah. Itu sahaja petunjuk untuk kita tak sesat dalam akhir zaman ini.


KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).


(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)


(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)


Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT





===================================================




PERFORMANCE DRINK


Elak Dehidrasi dan Mengekalkan Tenaga Berpanjangan

Bahang kedatangan Ramadhan dah terasa.. Dah bersedia menghadapi Ramadhan? Bukan setakat persediaan rohani, malah persediaan fizikal dan lainnya. Jika ibu menyusu pastinya persediaan buat stok EBM kan? Ye lah, in case badan flat, xlarat nak mengepam.. Bagaimana dengan suplemen untuk berpuasa? Semestinya anda nak berpuasa dengan sihat dan cergas kan.. Barulah dapat fokus beribadah tanpa perasaan gundah.. ;D

Hari ni saya nak bercerita tentang Performance Drink Shaklee. Salah satu suplemen yang dicadangkan untuk berpuasa. Jom kita berkenalan dengan PD ni.. apa yg best sangat PD n?




Apa bezanya Performance Drink Shaklee dengan minuman isotonik lain yang berada di pasaran? Ianya minuman x bergas (bukan berkarbonat) dan rendah gula. Serta ZERO FAT & ZERO CHOLESTEROL.

Kebaikan Performance Drink:


# Rumusan EKSLUSIF OPTICARB memberi anda karbohidrat bagi daya ketahahan dan elektrolit untuk penghidratan semula dengan segera


# Membekalkan bendalir dan eloktrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahhidratan (dehydration)


# Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot da paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


===================================================



OSTEMAXRIX: @ kalsium

*Membantu pengeluaran susu.

*Mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko penyakit batu karang.

*Mengurangkan stress dan keletihan.

*Mengelakkan kekejangan tulang belakang.

*Boleh mengelakkan osteoporosis.

*Memastikan kepadatan tulang andda mengampu tubuh badan anda





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<




Keistimewaan Shaklee | Khasiat Alfalfa Shaklee

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.


Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.


Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya denganserat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.


Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.


Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.


Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa    
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.


Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


Kelebihan Alfalfa - mengubati keputihan wanita

Kelebihan Alfalfa - mengubati keputihan wanita

Ramai ibu yang menyusu sudah mengenali alfalfa sebagai penggalak susu. Ibu2 tersebut juga turut mengamalkan pengambilan vitalea, vitamin c, b complex, esp dan ostematrix bersama2 alfalfa untuk kesihatan badan yang lebih menyeluruh serta memenuhi keperluan badan ibu sendiri.


Sebilangan ibu mengambil vitamin2 ini mengakui bukan sahaja dapat membantu pengeluaran/peningkatan susu malah kebaikan lain yang didapati adalah badan lebih bertenaga dan tidak mudah penat walau seharian penat bekerja dan juga menjalankan tugas sebagai seorang ibu.


Tahukah anda apa lagi kelebihan alfalfa ini? Salah satu yang saya ingin kongsikan adalah membantu masalah keputihan pada wanita. Apa penyebab keputihan ini terjadi? Ramai juga di kalangan wanita mengambil mudah dan merasakan keputihan adalah sesuatu yang remeh tanpa memikirkan akibat yang boleh berlaku jika diabaikan.

Jom baca lebih detail apakah sebenarnya keputihan ini. Info dipetik dari pakcik GOOGLE


Apakah itu keputihan?

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.


Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Penyebab keputihan wanita yang abnormal:


>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia


>> Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal


>> Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau


>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah


>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:


>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen


>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen


>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.


Bertindaklah dari sekarang bagi mengatasi masalah keputihan sebelum ianya menjadi masalah yang lebih teruk. Cuba sendiri baru anda tau kesannya. Jom tengok testimoni mereka yang mengamalkan alfalfa:

Khasiat daun alfalfa :

Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.


Melegakan sakit sendi dan belakang.


Menghilangkan kelesuan dan tekanan.


Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ 

(alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)


Memberi kelegaan semasa haid.


Merawat arthitis


Bagus untuk elergi dan ekzema


Merawat asma


Mencuci usus bagi membuang toksik


Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang


Meneutralkan asid dalam badan


Merawat masalah keputihan pada wanita


Membesar dan menegangkan payudara


Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri


Memulihkan urat selepas bersalin


Membantu masalah penghadaman dan pencernaan


Meningkatkan stamina seorang suami


Melegakan sembelit


dan banyakkkk lagi khasiat Alfalfa ni


AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE

panjang lebar penerangan tentang kebaikan Alfalfa..dan utk yg mencari2 supplement utk keintiman atau masalah kewanitaan, saya cadangkan anda ambil Alfalfa bersama Vitamin E dan jika ada budget yg lebih, mcm biasa saya akan cadangkan bersama Energizing Soy Protin (ESP-yg mmg hot item sgt2)..dan jika anda konsisten, bersabar dan mengikut jadual pemakanan yg betul, insyaallah anda akan kagum dengan kesan yg anda perolehi..


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



=========================================


Assalamualaikum semua..
n3 hari ni...urm....menarik jugak kan...sebabnya as a mother...seharusnya ai menginginkan anak yg sihat...bile dah sihat...seharusnya anak jadi ceria...

Alhamdulillah...anak ai sememangnye sihat...tp sihat yang ai maksudkan tu bukan lah sihat yg mcm ni



Setakat sihat yg xdemam...xbatuk...xselsema...kalo ade demam,batuk selsema sesekali tu..normal la...proses pembinaan imun badan...

Alhamdulillah....sejak ank2 ai amalkan 2 produk ajaib ni...batuk n demam go away...nyah kau..hihih...

cume si abg alip masih ade selsema...mebi die mengikut n ada baka resdung dari ai...
 Tunggu si abg alip besar skit...nk train makan suplemen resdung plak...


Sekian....


RAHSIA KECANTIKAN RAHSIA KESIHATAN

moon-0173362679




No comments:

Post a Comment