Sunday, April 12, 2015

Vivix oh vivix


Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Thursday, April 9, 2015

ENERGIZING SOY PROTEIN

Assalamualaikum...
Iolls nak story skit psl one of my favret suplemen dlm shaklee ni...
Kalo xpekena sehari mcm ketagih...da macam candu plak aiii...hahhaha...

Tapi..ni candu ke arah kebaikannn...

Memperkenalkan.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ENERGIZING SOY PROTEIN(ESP)

Siapa perlu ambil ESP Shaklee?

💁ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik

💁Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat.

👍Penghidap kencing manis - sangat sesuai utk penghidap kencing manis kerana kandungan index glisemik yg rendah

👶👦👧 Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna 

👨👩Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster

💑Lelaki dan wanita –  untuk mencegah dari penyakit

💚💚Orang yang alergik atau alahan.

💁Wanita ingin menguruskan badan

👰 wanita yang ingin menjaga kecantikan kulit.

Kebaikan dan Kelebihan ESP
🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

💖Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.

💖Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

💖Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

💖. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

💖Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, 

💖Memberi ton warna kulit yang sekata

💖Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu

💖Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)

💖Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

💖 Rendah lemak, tanpa kolestrol

💖 Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi

💖 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

💖 Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone

💖 Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan

💖Membantu mengurangkan risiko kanser, 

💖 Bertindak sebagai antioksidan, 

💖Menguatkan sistem imun tubuh, 

💖 Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 

💖Memelihara kesihatan jantung 

💖Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua

💖Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

💖 Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

💖 Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 

💖 Membantu merendahkan paras kolestrol, 

💖Mencegah osteoporosis 

💖 Membantu pembentukan sel-sel baru.

💖 Membantu menyembuhkan gastrik. 

💖Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.

💖 Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.

💖Memudarkan parut

💖 Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak

💖Kecantikan kulit dan rambut

🎆Sel badan kita terbentuk dari protein.
🎆Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertumbuhan sel baru.
🎆Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin dan ini secara tidak lansung badan kita sentiasa sihat,cergas dan bertenaga. 

Berminat dengan ESP...
Boleh hubungi saya utk tawaran harga istimewa..

ZINC COMPLEX SHAKLEE

🌈Assalamualaikum🌈

☁☁ZINC COMPLEX SHAKLEE☁☁

Siapa yang perlukan ZINC COMPLEX SHAKLEE???

🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐🌐

💣Meningkatkan sistem imun – membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.

💣Diabetis – membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin.

💣Kanser prostat – pengambilan zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%.

💣Ovulasi wanita – wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya.

💣Memperbaiki radang kulit – Pengambilan zink dapat memperbaiki radang kulit seperti  jerawat.

💣 Jerawat – Zink bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zink juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

💣Kelesuan kronik

💣Mengekalkan deria bau – Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif

💣Kemampuan seks lelaki – zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma

💣Gugur rambut / botak – zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel

💣Membentuk kolagen – Zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

💣Penyembuhan luka yang cepat – zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy

💣Rabun malam Zink

🔭🔭🔭 Zink  Complex Shaklee adalah suatu khazanah lelaki Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain.
🔬🔬🔬Zink memainkan  peranan penting dalam organ seks lelaki.

🔮🔮🔮Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah,  kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut.

🔦🔦🔦 Oleh yang demikian, zink amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Berminat???
Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut...

Thursday, September 11, 2014

DOA MUDAHKAN BERSALIN






(Bahawasanya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim ~ Surah Al-Anbiya': 87.)


Insya allah,semoga dipermudahkan segala urusanku kelak...

Penawar sakit bersalin
Alhamadulillah sebahagian besar dari wanita muslim daya ketahanan sakit adalah tinggi. Ini bermakna mereka kurang memerlukan bantuan ubat penawar sakit. Ini disebabkan mereka kuat iman dan banyak bertawakkal kepada AllahSWT. Bacaan ‘suhanallah’ memang ada kesan untuk mengurangkan sakit atau meringkan bebanan.. Baca fatiha, ayat kursi, 3 qul, berulang2 kali. atau baca mana2 surah alquran – surah mariam mithalnya. Terus menerus berzikir.
Amalkan doa-doa ini

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.
Maha Suci Allah
7.
Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

Wednesday, September 10, 2014

RESDUNG

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus).

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Bagaimana ia terjadi?
Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan?
Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus, tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi atau pembiakan bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua entiti utama, iaitu:

1. Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya. Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat.

2. Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.

3. Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.

Siapa yang boleh terkena jangkitan?
Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu kepada mereka yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau pesakit kronik saja.

Ia lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada resdung dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, tetapi penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit ialah sinus maksila.

Simptom kulat resdung
Pesakit mengalami simtom seperti sinusitis bakteria seperti:

- Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus

- Hidung tersumbat

- Sakit kepala

- Keletihan dan badan rasa kurang sihat

- Batuk kronik


- Selalunya pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan antibiotik bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), mengalami kerosakan pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian imbasan Computer Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah mengeluarkan hingus terlalu pekat atau mempunyai tompokan hitam atau menyerupai keju.

Pemeriksaan
Pesakit memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung. Pemeriksaan mungkin menampakkan ketulan hitam, hingus sangat pekat dan polip. Kajian lain yang diperlukan untuk mengenalpasti penyakit ialah kultur kulat atau pemeriksaan histology cecair dari sinus.

Imbasan CT pula akan menunjukkan penemuan spesifik seperti kelompok putih (tumpat) atau pembabitan tulang sinus. Ujian ‘magnetic resonance imaging’ (MRI) pula dapat memberikan gambaran radiolojikal yang spesifik mengenai kewujudan penyakit.

Bagaimana ia dirawat?
Rawatan diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Misalnya bagi jenis ‘invasive’, rawatan segera diperlukan, termasuk pembedahan untuk membuang tisu terbabit, penggunaan ubat antikulat secara sistemik dan membetulkan sistem badan seperti tahap gula.

Dalam memberi rawatan, keadaan keseluruhan pesakit perlu dipertimbangkan. Bagi sinus yang ada bebola, fungus rawatannya ialah pembedahan sinus (termasuk secara endoskopik) tetapi ubat antifungus sistemik tidak diperlukan. Perlu ingat, ubat antifungal sistemik ada banyak kesan sampingan.

Bagaimana kesudahannya?Oleh kerana penyakit resdung kulat ada pelbagai jenis, maka tahap kesudahan dan perkembangan penyakit ini juga berbeza. Tanpa rawatan, penyakit ini akan menyebabkan simptom disebut di atas seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.

Setelah dirawat, sama ada dengan ubat atau pembedahan, penyakit boleh menjadi baik atau berkurangan. Bagi jenis bebola kulat, pembedahan selalunya memberi banyak kebaikan. Bagi jenis ‘invasive’, kesudahannya selalunya mendukacitakan.

Apa perlu anda lakukan?
Ramai pesakit resdung kulat tidak menyedari mereka ada penyakit itu. Jika anda ada simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Rawatlah penyakit sebelum ia menjadi lebih teruk.

Wednesday, September 3, 2014

ANAK² DAN KUTU

Kalau anak yg dihantar ke Taska atau rumah pengasuh kebiasaannya terdedah kepada virus KUTU ni..

Biasalah kanak²...

Parents perlu extra care terhadap anak2...

Kutu mengakibatkan gatal² pada kulit kepala...Bila si anak menggaru kulit kepala akan mudah terluka...Bila dah terluka bakteria lain bole meresap masuk ke dalam kulit kepala dan menyebabkan penyakit lain pula.

Salah satu rawatan tradisional yang boleh dicuba adalah dngan menggunakan cuka putih.
Cuka putih mampu membasmi telur² kutu yang banyak sehingga boleh mengurangkan kuantiti telur kutu dan kutu yang sedang membiak.

Cuka juga bersifat antiseptik yang mampu mebersihkan kulit kepala dan menghindar daripada jangkitan bakteria

Caranya ialah dengan perapkan kepala dan rambut dengan cuka selama 30minit.Kemudian bilas dengan syampu kutu.Amalkan selalu sehingga nampak kan hasilnya.


Teknologi baru untuk basmi kutu kepala yang banyak melanda kanak2 sekolah, gadis remaja dan juga wanita dewasa. Kita sangka ini masalah dikampung2 sahaja, terkejut kita bila tahu di amerika syarikat masalah kutu pun meruncing. Justeru pakar amerika cipta satu mesin khas untuk bersih rambut kepala dari ratusan atua ribuan kutu serta telor2 sekali gus.

1. Ubat kutu dan sikat - satu set RM 35



2. Satu set 2 sikat lice terminator - harga RM 95



3. Satu sikat lice terminator - harga RM 75



Untuk buat pesanan hubungi;

1. Seri - 016 978 1457

2 Siti - 016 367 6298

Wednesday, March 5, 2014

STROKE HABA

Rakyat Malaysia bakal diserang Strok Haba.

Apa itu Strok Haba??Mari kenali Strok Haba...
  • Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. 
  • Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
  • Tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
  • Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.
  • Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
  • Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
  • Berikut merupakan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

    Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

    Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan


Orang ramai digalakkan mengurangkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.  



Basic H  merupakan pencuci semulajadi yang pelbagaiguna.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

    • Basic H juga boleh dilumurkan pada badan apabila mengalami demam kerana fungsi Basic H membantu menyejukkan badan.
    • Basic H juga boleh digunakan sebagai pencuci bagi mereka yang menghidapi penyakit kulit sensitif.